Kerjaya Gen Z · Umur 21–26

RM5,000 sebulan sebelum umur 27. Boleh?

Gaji permulaan graduan masih sekitar RM2,700. Kerjaya takaful bermula dengan yuran peperiksaan bawah RM100, tanpa modal kedai, tanpa sewa, dan boleh dibuat secara part-time. Jom kira sama-sama berapa potensi kamu dalam 5 tahun.

Yuran TBE RM80 Malaysia No.1 kewangan Islam dunia Warga emas 4.2 juta
Masa depan kamu, kamu yang design Tiga anak muda berbincang dan tersenyum di tangga kampus RM5ksebulan · umur 24
Realiti hari ini

Ijazah dalam tangan. Gaji tak bergerak.

Ramai Gen Z ikut skrip yang sama: belajar, graduate, hantar resume, tunggu panggilan. Masalahnya, skrip itu ditulis untuk ekonomi yang sudah tiada.

Menu cafe: Chicken & Croffle RM39.50, Pistachio Matcha Latte RM18, Pistachio Burnt Cheesecake RM20 dan Creamy Tomyum Pasta RM29
RM106.50Sekali lepak cafe hujung minggu. Dengan gaji RM2,700, cukup ke nak hidup lifestyle yang kamu mahu?
RM2,700

Anggaran median gaji permulaan graduan baharu di Malaysia. Julat biasa RM2,500 hingga RM3,500 sebulan.

EasyUni, Dis 2025
65%

Graduan dilaporkan memperoleh gaji bawah RM3,000 sebulan. Ramai bekerja di bawah tahap kelayakan.

CNA, dipetik EasyUni
~3 jam

Purata masa sehari rakyat Malaysia di media sosial. Kira-kira 90 jam sebulan untuk scroll.

Eliteasia / DataReportal 2026

Soalannya bukan "kerja apa yang ada?" Soalannya, kemahiran apa yang orang akan sentiasa perlukan dalam 10 tahun akan datang?

Kenapa sekarang

Malaysia sedang menua. Keperluan perlindungan sedang meletup.

Bila penduduk makin tua, keperluan untuk perlindungan kesihatan, simpanan persaraan dan perancangan pusaka naik serentak. Yang kurang ialah orang muda yang faham dan boleh menerangkannya.

4.2j

Rakyat berumur 60 tahun ke atas pada 2026, iaitu 12.3% penduduk.

DOSM 2026
2036

Jangkaan warga emas melepasi 15% penduduk. Malaysia jadi negara tua di bawah Dasar Warga Emas Negara.

DOSM 2026
8/10

Kadar penembusan takaful keluarga sekitar 19.6%. Lebih kurang lapan daripada sepuluh rakyat belum ada perlindungan takaful keluarga.

MTA 2025
31.7

Umur median penduduk Malaysia, naik dari 31.3. Generasi kamu bakal menjaga generasi ibu bapa kamu.

DOSM 2026

Dan kamu bermula dalam industri yang Malaysia paling kuat di dunia.

#1

Kewangan Islam terbaik dunia

Malaysia kekal di tempat pertama dalam Islamic Finance Development Indicator (IFDI) 2025 oleh LSEG dan ICD.

RM16.4b

Sumbangan kasar industri takaful 2025, naik 4.73%.

MTA / The Star
RM10.6b

Manfaat dibayar kepada peserta pada 2025.

MTA / The Star

Aset kewangan Islam global pula diunjur mencecah sekitar US$9.7 trilion menjelang 2029, berkembang kira-kira 10% setahun.

Simulasi pendapatan 5 tahun

Laras aktiviti kamu. Tengok angka bergerak.

Pendapatan agen datang daripada aktiviti. Tetapkan berapa hari aktif, berapa appointment sehari, kadar tutup jualan dan saiz kes. Komisen renewal tahun 2 hingga 6 akan bertimbun di atas jualan baharu.

23 tahun
Aktiviti
Berapa peratus prospek yang jadi peserta. Agen baharu biasanya 15–25%.
Sumbangan bulanan purata setiap sijil (RM100 hingga RM1,000).
Komisen & faktor
Peratus sijil yang terus dibayar setiap tahun. Servis yang baik = renewal yang kuat.
Lebih rujukan dan kemahiran, lebih banyak kes setiap tahun.
Minyak, tol, data, makan bersama prospek, iklan media sosial.
Bersih sebulan, bulan ke-12–
Bersih sebulan, tahun ke-5–purata bulanan tahun 5
Jumlah bersih 5 tahun–
–
Komisen kes baharu (tahun 1) Komisen renewal (tahun 2–5) Garisan RM5,000
TahunUmurKes setahunKomisen kasarBersih setahunPurata sebulan

Ilustrasi pendidikan berasaskan aktiviti yang dimasukkan. Jadual komisen ialah contoh corak industri (kadar tahun pertama tertinggi, menurun hingga tahun ke-6). Kadar sebenar berbeza mengikut produk, syarikat dan peraturan Bank Negara Malaysia. Tidak termasuk bonus, insentif, elaun atau override kepimpinan. Bukan jaminan pendapatan.

Kos untuk bermula

Pintu masuk paling murah ke dunia kewangan.

Bandingkan dengan pilihan lain untuk jana pendapatan tambahan. Kerjaya takaful tidak perlukan stok, kedai atau francais. Modal utama ialah masa dan disiplin.

Laptop, buku nota MHG dan botol air NRG di atas meja pejabat

Kos sekali sahaja

  • Peperiksaan TBE Bahagian A + C (takaful keluarga)RM80
  • Laptop/desktop dengan webcam untuk peperiksaan atas talianSedia ada
  • Kelas persediaan TBE dan latihan asas bersama leaderIkut agensi
  • Kelayakan tambahan seperti IFP (selepas 2 tahun)Ikut jadual

Kos berjalan sebulan

  • Minyak dan tol untuk appointmentRM150–600
  • Data telefon dan aplikasiRM50–100
  • Kopi atau makan bersama prospekRM100–300
  • Iklan media sosial (pilihan)RM0–500
  • Kursus CPD tahunan untuk kekalkan kelayakanBerkala
Buka gerai makanan
RM5k–20k

Sewa tapak, peralatan, stok, permit.

Francais kecil
RM30k+

Yuran francais, renovasi, royalti bulanan.

Kerjaya takaful
Bawah RM100

Yuran TBE, kemudian kos aktiviti harian sahaja.

Yuran TBE: panduan pendaftaran ExamPrep 2026 (sila sahkan di takafuleexam.com). Anggaran kos lain adalah contoh umum.

Peta kerjaya 10 tahun

Dari agen takaful ke financial planner.

Agen takaful ialah tangga pertama. Setiap tahun kamu tambah lesen, kelayakan dan pasukan. Menjelang umur awal 30-an, kamu boleh jadi perancang kewangan yang dipercayai keluarga dan usahawan.

Bulan 0–3

Lulus TBE, daftar sebagai agen takaful keluarga

Ikut kelas persediaan, lulus peperiksaan, dapat kod agen. Mula part-time sambil belajar atau bekerja.

TBE A + CPart-time OK
Tahun 1–2

Bina 100 peserta pertama dan pendapatan renewal

Fokus pada perlindungan perubatan dan hibah untuk rakan sebaya, keluarga muda dan usahawan kecil.

Personal brandNeeds analysis
Selepas 2 tahun

Islamic Financial Planner (IFP)

Langkah besar daripada agen kepada perancang. Kuasai perancangan kewangan Islam yang menyeluruh: perlindungan, simpanan, pelaburan, zakat, wasiat, hibah dan faraid.

IFPPerancangan menyeluruh
Tahun 3–4

Jadi leader, mula rekrut dan bimbing pasukan

Naik ke peringkat unit manager atau setara. Pendapatan tambahan daripada prestasi pasukan.

LeadershipCoaching
Tahun 5–6

Pakar perancangan pusaka dan persaraan

Tawar perancangan pusaka, hibah dan persaraan kepada keluarga dan usahawan. Sambung ke Shariah RFP jika mahu laluan perancang berdaftar.

Shariah RFPEstate planning
Tahun 7–8

Lesen perancangan kewangan dan penasihat

Mohon lesen yang berkaitan, contohnya CMSRL perancangan kewangan (SC) atau wakil penasihat kewangan (BNM), tertakluk syarat semasa.

CMSRL / FA repKlien korporat
Tahun 10

Financial planner / advisor bertauliah

Urus portfolio keluarga dan usahawan, pimpin agensi sendiri, atau jadi rakan kongsi firma perancangan kewangan.

Agency leaderWealth advisoryTrainer
Menara Berkembar Petronas dan Menara KL ketika senja
Tahun 10: kerjaya kamu di tengah pusat kewangan Islam terbaik dunia.

Laluan contoh. Kelayakan, peringkat dan syarat lesen ditentukan oleh pengendali takaful, IBFIM, MFPC, FPAM, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Apa yang membezakan agen berjaya

5 skill yang kita akan latih bersama.

01

Disiplin prospek

Pendapatan ikut aktiviti. Agen yang konsisten jumpa orang setiap minggu menang dalam jangka panjang.

Sasaran: 10 nama baharu seminggu
02

Bertanya, bukan menjual

Analisis keperluan yang baik bermula dengan soalan yang tepat dan mendengar dengan betul.

Kuasai fact-find dalam 30 hari
03

Amanah & etika

Takaful ialah janji. Terang manfaat dan had dengan jujur, cadang yang sesuai, bukan yang paling mahal.

Servis tuntutan pertama dengan cemerlang
04

Social selling & AI

Kandungan yang mendidik bina kepercayaan sebelum kamu jumpa prospek. Guna AI untuk skrip, idea kandungan dan susulan.

3 kandungan seminggu
05

Daya tahan

Penolakan ialah sebahagian proses. Ukur aktiviti, bukan perasaan, dan terus belajar setiap minggu.

Semakan mingguan dengan leader
Langkah seterusnya

Dari sit-down ini ke kod agen, dalam 7 langkah.

  1. Sesi sit-down dan simulasi

    Tetapkan sasaran pendapatan dan aktiviti yang realistik menggunakan kalkulator di atas.

    Hari ini
  2. Pilih laluan: part-time atau full-time

    Part-time sesuai untuk pelajar dan pekerja. Full-time untuk yang mahu hasil lebih cepat.

    Hari ini
  3. Semak kelayakan

    Umur 18 tahun ke atas, SPM dengan sekurang-kurangnya 5 kepujian/lulus termasuk Bahasa Melayu, atau diploma/ijazah.

    Hari ini
  4. Sediakan dokumen

    Salinan MyKad depan dan belakang, sijil SPM atau sijil tertinggi, gambar berukuran pasport.

    Minggu 1
  5. Kelas persediaan TBE

    Belajar silibus Bahagian A (asas takaful) dan C (takaful keluarga) bersama leader dan set soalan latihan.

    Minggu 1–2
  6. Daftar dan duduki TBE atas talian

    Daftar di takafuleexam.com sahaja, pilih Bahagian A + C, bayar RM80. Peperiksaan 2 jam, 100 soalan, perlukan laptop dan webcam.

    Minggu 2–4
  7. Daftar sebagai agen dan mula 90 hari pertama

    Lengkapkan pendaftaran dengan pengendali takaful, dapat kod agen, ikut latihan asas dan tutup kes pertama.

    Bulan 1–3
Soalan untuk kamu
"Kalau 5 tahun lagi kamu masih buat benda yang sama, kamu okay tak?"
Laras semula simulasi